Nasihat Indah Untuk Suami Istri”, karya Syekh Umar Bakri Muhammad,
1. Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah Anda.
Buatlah disaat suami Anda masuk ke rumah, dia merasa bahwa kecantikan
dan keharuman mawar tersebut, tidak bukan dan tidak lain hanyalah
untuknya seorang.
2. Bagaimana caranya agar suami Anda itu
boleh merasa tenteram dan nyaman, baik dengan perbuatan ataupun dengan
kata-kata ? Hal itulah yang secara terus menerus Anda selalu usahakan
untuk suami Anda. Untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh
jiwa.
3. Bersopan dan penuh perhatianlah Anda ketika
berbincang-bincang, jauhkanlah perdebatan dan hindarkan sikap keras
kepala untuk mengemukakan pendapat Anda.
4. Pahami kebenaran
dan keindahan prinsip-prinsip Islam di balik kelebihan sang suami
terhadap Anda selaku istri, yang memang terkait dengan kodrat seorang
wanita, dan janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang dzolim
(penindasan).
5. Lembutkanlah suara Anda ketika berbicara dengan suami dan pastikan suara Anda tidak meninggi pada saat dia bersama Anda.
6. Pastikan Anda bangun pada malam hari untuk melakukan sholat malam
secara rutin, hal ini akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada
perkawinan Anda, sungguh mengingat Allah Azza Wa Jalla akan membawa
ketenangan pada hati Anda.
7. Bersikaplah diam ketika suami Anda sedang marah dan jangan tidur kecuali dia mengizinkannya.
8. Berdirilah dekat suami Anda ketika dia sedang memakai baju dan kasutnya.
9. Layanlah suami Anda sehingga merasa bahawa Anda menginginkan suami
untuk mengenakan baju yang Anda pilih untuk dia, sebaik-baiknya anda
yang memilih baju untuk suami Anda.
10. Anda harus sensitif dan
memahami keperluan suami Anda, untuk menjadikan pernikahan Anda menjadi
yang terbaik tanpa membuang waktu Anda yang banyak.
11. Ketika
ada perselisihan pendapat, hendaknya Anda tidak menunggu agar suami
meminta ma’af kepada Anda (jangan jadikan hal ini sebagai satu keperluan
utama atau syarat terpenting pada diri Anda) kecuali kalau suami Anda
secara sedar mengakui kesalahanya.
12. Perbaikilahlah
penampilan dan pakaian suami Anda, biarpun kelihatannya suami Anda malas
untuk memperbetulkan dan memakainya, tapi yakinlah bahawa dia akan
menyukainya sebagaimana sahabat-sahabatnya juga akan menyukainya.
13. Kalau boleh Anda jangan selalu mengharapkan suami Anda untuk
memulakan hubungan seks, sekali-sekala biarlah Anda yang memulakanya
lebih dulu, pada waktu yang sesuai.
14. Di malam hari, jadilah
seperti pengantin baru buat suami Anda, janganlah Anda terlena tidur
lebih dulu dari suami, kecuali dalam suasana sangat perlu.
15.
Janganlah menunggu atau mengharapkan balasan dari semua perbuatan dan
kebaikan dari suami Anda, kebanyakan suami sentiasa sibuk dalam
kerjayanya, memang suami mudah lupa untuk menghargai kebaikan anda, atau
secara tidak sengaja lupa untuk menyampaikan penghargaan yang
semestinya kepada Anda.
16. Hendaknya berbuat sesuai dengan
keadaan dan kemampuan kewangan yang ada dan jangan meminta sesuatu yang
berlebihan dan mahal.
17. Ketika suami Anda baru pulang dari
perjalanan yang jauh dan lama ataupun agak jauah dari tempat kediaman
anda, sambutlah dia dengan wajah yang ceria dan tunjukkanlah bahawa Anda
sangat merindukan kedatangannya.
18. Ingatlah selalu bahawa
semasa suami ada dan kewujudan suami adalah salah satu kemudahan
mendekatkan diri Anda kepada Allah Azza Wa Jalla .
19. Pastikan
Anda untuk selalu memperbaharui dan merubah bentuk penampilan Anda,
sebagai tanda dan ucapan kasih Anda menyambut suami tercinta.
20. Ketika suami meminta sesuatu untuk melakukan hal-hal tertentu, maka pastikan Anda melakukannya dengan sempurna dan sepenuh hati, jangan sampai Anda merasa enggan dan tidak bersemangat..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar